Sabtu, 14 Julai 2012

Perbezaan diantara England, United Kingdom dan Great Britain.

 Ketika leka menonton rancangan sukan kejohanan Remaja Dunia yang berlangsung di Barcelona petang semalam ( IAAF World Junior Championship Barcelona 2012) ketua syif aku bertanyakan soalan cepu emas pada kami semua.
" Apa bezanya di antara England, Great Britain dan United Kingdom ?" soalnya ketika melihat peserta dari Great Britain bertanding.
Aku pon terfikirkan soalan yang sama setelah dia bertanya itu.Maka diwaktu pagi yang indah hari ini aku dengan rasa tidak sabarnya telah me' google ' kan kaitan diantara 3 nama negara ini.
hasilnya :


England

Nama England adalah dari perkataan ' Engla Land' yang bermaksud 'Land of angle'. Nama ini diberi oleh puak dari sekitar Jerman yang telah menakluk Britain pada kurun ke 5.

England merupakan sebahagian daripada United Kingdom. England meliputi bahagian selatan Pulau Great Britain dan berkongsi sempadan darat di bahagian utara dengan Scotland dan bahagian barat dengan Wales. England juga dikelilingi oleh laut dan merupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk di UK.

England bersama-sama dengan ScotlandWales dan Ireland Utara membentuk United Kingdom. Bandaraya terbesar England iaitu London ialah ibu negara United Kingdom.

Peta dan Bendera England 

       England                    



Great Britain

Nama Great Britain telah bermula dari zaman Empayar Rom. Di zaman Empayar Rom, negara England dan Wales dipanggil sebagai 'Britannia'.

Great Britain terbentuk dari gabungan negara England dan Scotland serta kepulauan Wales.Gabungan negara negara ini telah membentuk satu kerajaan tunggal bermula dari tahun 1707 hingga 1801. melalui gabungan ini mereka telah berkongsi kuasa raja yang sama.

Kerajaan Great Britain telah dibubarkan pada tahun 1801 dan digantikan pula oleh kerajaan United Kingdom.

Peta dan Bendera Great Britain 

Great Britain                Flag of United Kingdom


United Kingdom

United Kingdom terbentuk hasil dari gabungan Great Britain dan negara Ireland. Pada waktu itu gabungan ini dikenali sebagai ' United Kingdom of Great Britain and Ireland 'Gabungan ini terdiri dari England, Scotland, Wales dan Ireland. Setelah berlaku nya pemberontakan Ireland, Ireland telah mngambil keputusan untuk keluar dari gabungan itu dan membentuk negaranya yang berdaulat bersendirian.Ireland utara pula tidak mahu mengikut jejak mereka dan mahu kekal dalam kerajaan gabungan ini. hasilnya,pada masa kini kerajaan gabungan ini telah dikenali sebagai ' United Kingdom And Northen Ireland.

Peta dan Bendera United kingdom 

UK              Flag of United Kingdom

RUMUSAN AKU :

England adalah sebuah negara
Great Britain adalah gabungan negara terdiri daripada England, Scotland dan Wales
United Kingdom adalah gabungan negara terdiri daripada England, Scotland, Wales dan Ireland (kini hanya Ireland Utara).

Ingin mengetahui lebih lanjut lagi?
Lihat video ni !


Catatan Popular

Cari Blog Ini